2-3 hari tu, aku main telan je ubat tu. Tapi sepanjang masa tuh, aku dok mengantuk ajer... Pastu, mulut rasa semacam ajer... Nak makan pun tak larat, kena paksa makan... Bila makan jer, rasa nak muntah balik segala-galanya. Masuk 2nd day, aku tergerak lak nak check kat Internet apakebendenye ubat yang aku dok telan tuh... Rupa-rupanya ubat tu memang ubat yang kuat... Yang aku tak larat tuh, sbb antara side-effect ubat tu, aku akan rasa nauseous & kepala jadi bengap semacam... Rupa-rupanya pasal tuh la bila aku bukak je PC nak buat FM, aku dok tengok muka surat tuh berjam-jam tapi takleh tau apakebendenye nak tulih. Last-last padam PC, gi tido jer... Aku rasa dalam seminggu lepas nih, aku tido ngalahkan baby umur 2 bulan... Asyik nak tido jer. Bangun pun sekejap-sekejap jer, pastu serupa tak bangun... Bangun dari katil, turun bawah, dok kat sofa, pastu terlelap balik.
Hari ni aku dah rasa ok sket, tapi still batuk-batuk lagi. Tapi aku malas nak makan ubat batuk tuh sbb buat aku mengantuk ajer... Makan ubat pun masa dah nak tido malam. Minggu ni dah nak kena gi ke Jitra. Ada event kat sana. Gi sana hari Sabtu kot, sampai hari Isnin. Sabtu nih kalau dapat flight, mesti flight pagi... Subuh-subuh lagi dah nak kena gi airport. Nasib baik masa balik aku naik bas rombongan Kementerian, tak la rasanya penat sangat. Tapi risau gak nak gi ni. Wife aku tak la sihat sangat. Dia lak sambung demam aku. Adik ipar aku yang dok kat rumah tu pun tak brapa sihat jugak, demam jugak. Nasib baik jugak la ada adik ipar aku tu kat rumah.
As I'm writing this, aku still tengah batuk kuat lagi. Kalau nak ikut hati, nak je aku gi balik klinik tu mintak cuti lagi sehari dua. Tapi sah-sah la esok aku still kena masuk meeting pengurusan nih. Takkan la aku nak harapkan org lain masuk meeting tuh for the second week running. Ni yang buat aku berkobar-kobar nak KUP 48, just so aku takyah nak jadi urus setia meeting lagi... tak larat la weh, buat minit je dah dekat setahun nih... :(