Tuesday, September 05, 2006

Musim Sakit

Minggu lepas aku demam dekat seminggu. Mula hari Khamis 24hb tu aku dah rasa tak sedap badan. Jumaat tu dah rasa tak larat nak bukak mata pun. Sabtu & Ahad flat kat rumah, tak larat nak buat apa pun... Fail Meja yang patutnya siap hari Isnin tu pun tak sentuh-sentuh lagi sampai hari ni. Hari Isnin tu gi Klinik Putrajaya... marah-marah doktor tu, dapat la MC 2 hari... Hari Rabu aku patut masuk kerja, tapi tak larat jugak nak gi... Pagi tu aku hantar barang-barang untuk Mesyuarat Pengurusan ke opis, pastu terus gi Klinik Putrajaya... Kena buat FBC, tapi bila check semuanya normal. Bila jumpa Medical Assistant tu, temperature pun normal ajer... Tapi aku paksa jugak MA tu bagi ubat yang lagi kuat dari yang dapat hari Isnin tu. Dia bagi la ubat yang kuat. Dapat je ubat tu, terus aku telan... Patutnya aku gi opis lepas tuh, tapi aku terus balik rumah tido kaw-kaw nyer... Tido start kol 11 pagi sampai 6 petang, walaupun takde MC. Aku dah tak pedulik dah masa tu... Janji aku dapat rehat...

2-3 hari tu, aku main telan je ubat tu. Tapi sepanjang masa tuh, aku dok mengantuk ajer... Pastu, mulut rasa semacam ajer... Nak makan pun tak larat, kena paksa makan... Bila makan jer, rasa nak muntah balik segala-galanya. Masuk 2nd day, aku tergerak lak nak check kat Internet apakebendenye ubat yang aku dok telan tuh... Rupa-rupanya ubat tu memang ubat yang kuat... Yang aku tak larat tuh, sbb antara side-effect ubat tu, aku akan rasa nauseous & kepala jadi bengap semacam... Rupa-rupanya pasal tuh la bila aku bukak je PC nak buat FM, aku dok tengok muka surat tuh berjam-jam tapi takleh tau apakebendenye nak tulih. Last-last padam PC, gi tido jer... Aku rasa dalam seminggu lepas nih, aku tido ngalahkan baby umur 2 bulan... Asyik nak tido jer. Bangun pun sekejap-sekejap jer, pastu serupa tak bangun... Bangun dari katil, turun bawah, dok kat sofa, pastu terlelap balik.

Hari ni aku dah rasa ok sket, tapi still batuk-batuk lagi. Tapi aku malas nak makan ubat batuk tuh sbb buat aku mengantuk ajer... Makan ubat pun masa dah nak tido malam. Minggu ni dah nak kena gi ke Jitra. Ada event kat sana. Gi sana hari Sabtu kot, sampai hari Isnin. Sabtu nih kalau dapat flight, mesti flight pagi... Subuh-subuh lagi dah nak kena gi airport. Nasib baik masa balik aku naik bas rombongan Kementerian, tak la rasanya penat sangat. Tapi risau gak nak gi ni. Wife aku tak la sihat sangat. Dia lak sambung demam aku. Adik ipar aku yang dok kat rumah tu pun tak brapa sihat jugak, demam jugak. Nasib baik jugak la ada adik ipar aku tu kat rumah.

As I'm writing this, aku still tengah batuk kuat lagi. Kalau nak ikut hati, nak je aku gi balik klinik tu mintak cuti lagi sehari dua. Tapi sah-sah la esok aku still kena masuk meeting pengurusan nih. Takkan la aku nak harapkan org lain masuk meeting tuh for the second week running. Ni yang buat aku berkobar-kobar nak KUP 48, just so aku takyah nak jadi urus setia meeting lagi... tak larat la weh, buat minit je dah dekat setahun nih... :(